Pengertian ta’lim,
Ta’lim, secara bahasa berarti pengajaran (masdar dari ‘alama-yu’alimu-ta’liman), secara istilah berarti pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampian pengertian, pengetahuan dan ketrampilan. Menurut Abdul Fattah Jalal, ta’lim merupakan proses pemberian pengatahuan, pemahaman, pengertian, tanggung jawab, sehingga diri manusia itu menjadi suci atau bersih dari segala kotoran sehingga siap menerima hikmah dan mampu mempelajari hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya ( ketrampilan). Mengacu pada definisi ini, ta’lim, berarti adalah usaha terus menerus manusia sejak lahir hingga mati untuk menuju dari posisi ‘tidak tahu’ ke posisi ‘tahu’ seperti yang digambarkan dalam surat An Nahl ayat 78, “dan Allah mengeluarkan dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu bersyukur”.
Dalam ta’lim, titik tekannya adalah penyampain ilmu pengetahuan yang benar, pemahaman, pengertian, tanggung jawab dan penanaman amanah kepada anak. Oleh karena itu ta’lim di sini mencakup aspek-aspek pengetahuan dan ketrampilan yang di butuhkan seseorang dalam hidupnya dan pedoman perilaku yang baik.
Adab-adab Ta' lim :
Ta' lim adalah satu amalan yang amat penting dan utama. Jika kita menghadirinya dengan menghormati adab-aabnya yang sempurna nescaya majlis itu akan dilingkungi oleh para malaikat, dengan itu ahli majlis akan mendapat taufik untuk mengamalkan hakikat ugama yang sebenarnya.
1. Berwudulah terlebih dahulu dan jika mampu maka solah dua rakaat memohon kekuatan dan kemanisan dalam mendengar kalamullah dan kalamur rasul.
2. Duduklah dengan perasan hormat yang paling tinggi, sebaik-baiknya duduk secara tahiyat dan jangan sekali-kali duduk bersandar.
3. Jangan tinggalkan majlis kerana desakan tabiat kita. Jika terpaksa maka segerakanlah sempurnakan keperluan dan duduk semula ke dalam majlis dengan rasa rugi kerana kita tidak tahu di masa bilakan Allah Taala akan memasukkan NUR ke dalam hati kita.
4. Janganlah berbual-bual semasa taklim sedang berjalan.
5. Pakailah wangi-wangian dan pakaian yang bersih dan sempurna.
6. Duduk rapat-rapat dan mengangkat muka memandang ke arah pembaca taklim.
7. Janganlah bermain-main dengan jari, janganlah mata liar memandang ke sana sini dan janganlah fikiran mengelamun ketempat lain.
8. Syaitan menggunakan tiga alatnya untuk mengganggu kita dari mendapat menafaat yang sebenarnya dari majlis taklim iaitu tongkat digunakan supaya kita tidak senang duduk, gincu supaya kita hendak bercakap sahaja dan celak supaya kita rasa mengantuk.
9. Hadirkan hati dengan lima cara:
a. Tasdiq ertinya membenarkan kalamullah dan kalamu rasul.
b. Tazim ertinya memlulia dan merasakan kehebatan majlis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
c. Taasur ertinya medatangkan kesan harap dan takut terhadap janji Allah.
d. Tawajjuh ertinya memberi sepenuh perhatian di dalam majlis.
e. Tabligh ertinya berniat untuk beramal dan sampaikan kepada seluruh ummat.
10. Pembaca Taklim hendaklah membaca dengan kuat dan jelas dan tidak perlu mengemukakan pendapatnya sendiri. Tetapi di dalam memberi galakkan orang ramai untuk beramal maka sepatah dua kata dibolehkan.
11. Taklim dimulakan dengan membaca kitab fadhail al-quran, kemudian hendaklah mengadakan halqah tajwid supaya dapat membaiki bacaan terutamanya surah-surah lazim dibaca di dalam solah.
12. Usahakan supay adapat membaca tiga-empat muka surat pada semua kitab fadhail. Baca hanya kitab-kitab Hadrat Maulana Zakaria rahmatullah alaih.
13. Setelah selesai taklim kitabi hendaklah diadakan muzakarah enam sifat sohabat dalam masa lebih kurang satu jam.
Apakah 6 sifat sohabat
“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati (sahabat-sahabat ra) - Hadis
Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :
- Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
- Mereka ada hakikat Solat yang Khusyu’ dan Khudu’
- Mereka ada hakikat Ilmu dan Zikir
- Mereka ada hakikat Ikramul Muslimin
- Mereka ada hakikat Niat yang Ikhlas
- Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , keluar di Jalan ALLAH swt)Jadi , ke enam-enam sifat inilah yang kita perlu usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bilamana 6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya-ALLAH.
Fadhilat Ta' lim
1. Tidak ada jemaah yang duduk sambil mengingati Allah melainkan dikerumunilah mereka oleh malaikat, diliputi mereka dengan rahmat, diturunkan keatas mereka ketenangan dan Allah taala menyebut nama-nama mereka dihadapan para malaikat yang berada disisinya.
2. Orang-orang yang berkumpul untuk mengingati Allah taala hanya dengan tujuan mendapatkan keredaanNya maka satu malaikat akan mengumumkan di langit bahawa dosa-dosa kamu telah diampunkan dan kejahatan-kejahatan kamu telah diganti dengan kebajikan.
3. Mereka-mereka yang keluar untuk menuntut ilmu 70,000 malaikat menghamparkan sayap di bawah telapak kakinya.
4. Setiap makhluk Alah baik ikan di laut, semut di lembah, burung di udara akan berdoa dan memohon keampunan keatasnya.
5. Ilmu tanpa zikir adalah lebih merbahaya dari kejahilan, zikir tanpa ilmu adalah lebih merbahya dari kelalaian.
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan Tuhanmu-lah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak di ketahuinya.”
No comments:
Post a Comment