Wednesday, February 23, 2011

renuNgan bErsama

hye dear....

acct entry nie da tlis smalam tp xter'post2'...sy terbaca pasal nie kat page sorg kawan.then sy amik isi yg cuba disampaikan untuk renungan bersama..bagi sy,sy jadikan bende nie sebagai penguat semangat sy yg ntah tinggal bp peratus je skrg ni....

sy n mungkin juga kwn2 yg lain sering kali tertanya2 knp la kte belum jmp 'soul mate' (betul ke 2??) kte,kte asyk je jmp ngn org yg slah,org yg seringkali melukakan hati kte,jadi....mungkin ini jawapannya...jawapan yang terbaik.
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.makanya,jika terjadi bende mcm nie,jgn la terlalu bersedih n menyalahkan diri n takdir. fikir n renungkan dr sudut positif, ade sebab n hikmahnye sume ni terjadi...


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam 
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian 
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami. 
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai 
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu 
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang 
mereka akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai 
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. (kira cm tak harapkan balasan la)
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. 
Jangan 
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang 
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman 
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda 
tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan 
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda 
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda 
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang 
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda 
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan 
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang 
cukup untuk membuatkan kita bahagia.

Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang. Jika kita rasa 
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain 
juga. 
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja 
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. 
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, 
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka 
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup 
mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan 
tangisan. 

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang 
telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna 
sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda 
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila kita mati nanti,
kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan 
menangis.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain.

No comments:

Post a Comment