Showing posts with label renungan n peringatan. Show all posts
Showing posts with label renungan n peringatan. Show all posts

Friday, July 1, 2011

.....keLeBihaN hari juMaaT.........



Hai dear....
hari nie saya nak senaraikan 6 kelebihan juMaat...sEmoga sama2 kite mendapat manfaat dariNYA...

1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”


2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”



3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”



4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.



5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”



6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

 Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Monday, March 7, 2011

12 bAriSaN mEnUjU ke aKhIrAt



Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

 Marilah kite renung2kan....moga kite tergolong dalam barisan yang ke-12...insyaAllah....=)

Wednesday, February 23, 2011

renuNgan bErsama

hye dear....

acct entry nie da tlis smalam tp xter'post2'...sy terbaca pasal nie kat page sorg kawan.then sy amik isi yg cuba disampaikan untuk renungan bersama..bagi sy,sy jadikan bende nie sebagai penguat semangat sy yg ntah tinggal bp peratus je skrg ni....

sy n mungkin juga kwn2 yg lain sering kali tertanya2 knp la kte belum jmp 'soul mate' (betul ke 2??) kte,kte asyk je jmp ngn org yg slah,org yg seringkali melukakan hati kte,jadi....mungkin ini jawapannya...jawapan yang terbaik.
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.makanya,jika terjadi bende mcm nie,jgn la terlalu bersedih n menyalahkan diri n takdir. fikir n renungkan dr sudut positif, ade sebab n hikmahnye sume ni terjadi...


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam 
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian 
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami. 
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai 
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu 
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang 
mereka akan menyintai kita kembali! Jangan harapkan cinta sebagai 
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita. (kira cm tak harapkan balasan la)
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. 
Jangan 
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang 
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman 
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda 
tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan 
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda 
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda 
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang 
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda 
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan 
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang 
cukup untuk membuatkan kita bahagia.

Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang. Jika kita rasa 
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain 
juga. 
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja 
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. 
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, 
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka 
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup 
mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan 
tangisan. 

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang 
telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna 
sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. 
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda 
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila kita mati nanti,
kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan 
menangis.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain.