Assalamualaikum....
okay, harini nak share satu article berbentuk nasihat dari sorg kawan saya yg inbox, katanya " Status cik eija sedih je mmnjang org tngok..Cuba baca bnda nie cik eija,xrugi klu bca.. "
Sebenarnya agak terkejut juga bile dapat inbox dari kwn nie sbb die bkn la kwn yang sgt2 rapat dgn sy tapi sy syukur and terima dengan senang hati....bile ditanya mn dapat article nie??tulis sendiri or org bagi??? katanya "dri kawan..tp ada la edit2 sikit..hehe..kwn bg time tgh frust, lma dh zman kolej..hehe "
joms, sama2 baca ape yg die share dgn saya...moga boleh amik pengajaran dan bg lebih semangat....
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Suatu
masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita
bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta. Ada
sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan.
Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu
kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang
disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Kerana
merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh
kehidupan mereka. Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan
masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia
mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum. Apabila cinta tidak
tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke
alam bebas lagi.
Ingatlah,
bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta
itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya. Seseorang yang kuat bukannya mereka
yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh.
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang diri sendiri
dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada.
Hanyalah
penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.
Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan
tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan. Lebih
berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu.
Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi
mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.
Dalam
cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika cinta itu
tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat
mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya
di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti
mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia
apabila kita melepaskannya. Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai
seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti
kita benar-benar mencintai.
Berjuanglah
demi cintamu, itulah cinta sejati, disamping cinta pda Illahi. Lebih baik menanti orang yang kita inginkan
daripada berjalan bersama orang yang sedia ada. Kadangkala, orang yang kita
cintai adalah orang yang paling menyakiti hati dan kadangkala teman yang
menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.... :)
p/s : tq kerana share benda nie pada saya...in shaa Allah, akan usaha lbh gigih lg utk kuat,bertahan dan terus berjalan,...
No comments:
Post a Comment