Thursday, April 21, 2011

tWInk~~tWinK~~


hehehe....sy datang lagi...
xtau la nape lately sy tersgt2 suka baca cite2 pasal jodoh,pasal perkahwinan,pasal cinta...(xkire la cinta yg kesampaian/x kesampaian..hihihihi...pelik kan...nie sume penangan jmp my lOvely friend ahad hr 2....ye ler,org nak kawin kan,mcm2 ler cite nye...(xlupa gak gosips2 yg hangat)
okay...xmo cite pepanjang,kt cnie nk share serba sikit hint2 andai si'DIA' 2 adalah jodoh kte...korg2 baca ler ye..ne tau betul ke kan...=)
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

Tuesday, April 19, 2011

aDakAh dIa mEncinTaiMu???



olaaaa..........
lame rsnye xupdate,bkn pe,tenet tersgt ler slow n membuatkan rs malas utk menjalankan kerja2 mengupdate nie....hehehe....hari nie nak share somethng ngn sesape yg bc blog sy nie ,mn la tau kot2 org yg sy cinta@syg 2 bc blog sy nie kan...(erk~~ade ke??hahaha)..sila2 la baca,hayati n fahami ye...acct nie utk peringatan sy,tp xsalah kot klu nk share2 kan...
sharing is caring....(sangat2 la kan)

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

Wednesday, April 13, 2011

D.O.A. ku~~


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman  hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah, ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi
Aku memohon
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan
kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi
Pintaku terakhir adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu

Amin ya Robbal’alamiin..

Sunday, April 10, 2011

biLa kEriNduaN daTanG.....

weeeehuuuuuu!!!!!


poyo je entry hari nie kan,macam tajuk lagu r plak...hehe...sesungguhnya itulah yg sy rasakan sekarang ini...nie sume penangan cite trilogi cinta....mujur dapat tengok ending die cam ne...sangat2 terpesona ngan sikap badrul yang sangat penyabar n penyayang dalam cite 2 sampai dalam hati doa agar dijodohkan ngn org yg cm 2..hehehe.....gatai plak kan..(ape kne mengena trilogi plak nie...)


hmmm.....
sy rindu sgt2 nk hangout  ngn my best buddy iaitu cik noin,cik nadhiya,cik izyan (yg xlama lg nk tukar title jd Pn. plak) n Pn.sakinah (yg xlama lg nk dpt title mama..).even hr 2 da kuar sesama (ber4 je sbb cik nad bz) tp rase xpuas,rs kejap je ms berlalu n 1 lg sbb xcukup korum...dah agak lama kami xdpt kuar ber5 sbb masing2 ade je halnya..hope next time dapatla kuar ber5 k...(b4 masing2 tamatkan zaman bujang..hihiiihi)


tu br kerinduan yg pertama, kerinduan yg kedua adalah pada zaman blaja..lagi2 pas amik exam MUnSYI smlm,bertambahla lagi rindu n kuatnya semangat utk blaja..time msk je bilik exam 2,terus je teringt final exam time zaman2 study dlu...perasaan masa nk amik exam..fuhh.....still ley rs lagi...ape2 pn,alhamdulillah, sy dpt jwb n habiskan 256 soalan yg die bagi dalam ms 1 jam..mula2 mcm xcaya gak tp syukur la sume berjalan ngn ;ancar...paling xley lupa bila ade calon2 yg sama2 nk amk exam 2 ingt sy adlh plajar STPM, sama cm diorg. time 2 dalam hati berkata2 r juga,muda lagi aku nie,...ade rs kebanggaan juga r kan....bile ckp je sy sbnrnye da keje,diorg pn terkejut, siap ckp xcy plak 2..hehehe...percaya la ok...hari nie juga my fav roomate remind me psl application pjj kt UTM...thanks a lot fara....luv u alwayz k..


Next adalah kerinduan pada teman2 semasa stdy di poli dlu, zaman2 struggle siapkan assigment, lab report, stdy kuiz n final exam mmg xkan dilupakan..tapi yang paling penting xkan dilupakan saat2 gaduh n selisih pendapat siapkan report or assgmnt n masa pembahagian kumpulan...rindu teramat masa2 itu..betul la kata orang,saat2 manis adalah semasa kite blaja sbb alam pekerjaan lain suasananya..hari nie saya telah memberi penghargaan kepada salah seorang sahabat sy iaitu 'cik mazuha' yang sentiasa bersama saya xkire ssh or senang..sy sangat bersyukur ditemukan dgn dia dan berharap persahabatan kami kekal selamanya...pada kwn2 yg lain jgn kecik2 ati plak, kamoo2 pn akn diberi penghargaan dari sy just wait n see k...=)


Disamping tu, sy juga merindui seseorang...rs mcm xmungkin dpt sy lupakan dia tp sy harus (wajib kot) lupakan dia utk selamanya...sy bkn xcuba utk lpkan die ok, da tersgt2 cuba tapi bile sy lupa, ade je bende2 yg akan membuatkan sy teringt kat die..sebagai contoh, hari nie dari pagi smpai la petang sy mmg da xteringt langsung pasal die sbb pagi sy da bz kemas bilik. tgh hari tlg ibu masak then ptg g umh wan..tp bile kat umh wan, mak lang cite pasal ank buah die yang xcident..xcident motor dgn kete yg berhenti...kejadian 2 sama ngn  apa yg pnh jadi kat die..dengan serta merta sy teringt kat die...cuma yg bezanya luka ank buah mak lang lebih teruk n parah berbanding die..hmmm....klu sekali dua, mungkin sy bole anggp kebetulan tapi klu setiap kali berlaku cm nie,adakah..............????


Ape2 pn sy harap die dan kwn2 yg lain selamat n ceria...setiap kali sy rasa rindu, sy akan tgk smula gambar2 lama sy n kawan2...gambar dari sy kecik sampai la skrg...2 kan pengubat kerinduan.....so sorry......bile kerinduan datang, sy pn jadi cm xbetul kan...hehe....


k la..nk tito...esk nak keje...berperang ngn keje2 plak...nite......

Monday, April 4, 2011

....kEtaHuiLah waHai waNita...kAmu aDalah caNtiK....


Wanita.....

Anugerah dan ciptaan Allah yang paling berharga n unik dimuka bumi ini...Setiap wanita didunia ini memiliki kecantikan luar biasa yang tersendiri. Bergantung kepada diri individu itu sendiri bagaimana dia menghiaskan dirinya.(bukan hias dunia je k,akhirat skali) kerana cantik itu subjektif,bole diertikan dalam pelbagai cara n maksud.

Terdapat cara yang mudah dan murah untuk membuat perempuan cantik, meskipun secara fizik mereka kurang menarik. Yang pertama kali harus dilakukan adalah mendefinisikan kembali makna cantik tersebut. Cantik bukan masalah fizik semata. Kecantikan sejati juga boleh diraih dengan memaknakan kecantikan sebagai berikut:

1. Kecantikan perempuan ada dalam iman taqwanya yang menyejukkan mata kaum lelaki.

Seorang perempuan yang menghias jasmaninya dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya surga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, ia akan mempesona.Allah akan memberikannya kecantikan abadi, magnet alami. Tak perlu make up, perfum yang mahal2 atau penampilan berlebih, lelaki akan tertarik padanya.

2. Kecantikan perempuan ada pada kehangatan sikapnya yang mampu menggetarkan sensitiviti dan kecintaan lelaki.

Secara umum lelakii memang akan memberi perhatian kepada perempuan yang mempunyai fizikal yang bagus (senang cite,cantik). Tapi daya tarikan 2 tak kekal lama sbb lama kelamaan lelaki akan merasa bosan dan cari lain. Hanya  kehangatan kasih sayang dan cinta kasih yang tuluslah yang akan membuat lelaki selesa berada di sisi wanita tersebut dan sampai xbole nak lupakan@tinggalkan .

3. Kecantikan Perempuan ada pada kelembutan sikapnya

Kelembutan bukan bererti lembek dan manja. Kelembutan seperti roti. Meskipun sedikit, tapi mengenyangkan. Dari kedai roti manapun roti berasal, ia tetap lembut. Jadi perempuan dari suku manapun tetap lembut, pada pasangannya, pada anak-anaknya. Asalkan ia mahu berusaha.

4. Kecantikan perempuan berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat.

Walau mata tak seindah bintang kejora, setiap perempuan boleh memiliki mata embun. Teduh. Sejuk. Tidak mudah emosi. Menjaga tingkah laku sekitarnya secara bijak. Ia selau berprasangka baik. Perkatannya bukan pisau yang menikam. Perkataannya adalah bara yang menyalakan semangat di dada. Tak ada kata sia-sia yang terucap dari bibirnya.(ceewaahhh...jiwang la plak...)

5. Kecantikan perempuan berada dalam senyumannya yang menambah kecantikannya dan membuat gembira hati orang yang melihatnya.

Senyum adalah sedekah. Murah senyum tanpa bermaksud menggoda apalagi berlebihan boleh menjadikan wajah bertambah manis n cantik. Walaupun wajah cantik, tapi malas tersenyum, hanya aura negatif yang akan ditangkap oleh orang-orang di sekitarnya

6. Kecantikan perempuan berada pada intelektualnya

Ukuran intelektual bukan pada segulung sarjana atau di mana ia pernah menuntut. Banyak ilmu-ilmu yang bole dipungut dari sekitar, yang membuat si perempuan mejadi cerdas@pandai. Kehidupan adalah sekolah yang tak pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tak ada sekolah untuk menjadi isteri yang baik. Tak ada universiti yang melahirkan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang akan menempa perempuan menjadi isteri dan ibu yang baik.

7. Kecantikan perempuan berada pada seberapa jauh pengetahuannya akan tanggung jawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak , masyarakat dan umat manusia.

Perempuan adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh pengetahuan seorang perempuan akan terlihat dari tingkah laku keluarganya. Ia selalu berusaha menjadi orang yang bermanfaat bagi sekitarnya. Mengambil peranan penting dalam rangka memperbaiki lingkungan. Lihatlah lelaki2 yang berjaya diabad ini. Disebalik kejayaan mereka, pasti ada perempuan yang teguh n setia menemaninya. Menjadi pendorong nombor satu, tempat kembali saat sang pahlawan lelah berjuang.

8. Kecantikan perempuan berada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi.

Kita bole  miskin harta, tapi biarla kaya hati. Selalu memberi, tanpa mengharap imbalan yang bererti. Ia senang ketika orang lain senang. Ia sedih ketika orang lain sedih. Kemurahan hatinya membuat wajahnya bersinar. Membuat ia selalu dirindukan, meskipun sosoknya biasa-biasa saja.


Sahabatku...
Kecantikan-kecantikan ini sifatnya abadi.
Akan dikenang meskipun si perempuan telah tiada.
Tidak seperti kecantikan lahiriah yang sementara.
Setelah tua, ketika senja menyapa, ia tak menarik lagi.
Manakah yang akan Anda pilih?
Kecantikan sementara atau kecantikan abad