Apa itu Istidraj?
Kadang² kita
mendengar orang bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorang insan
itu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki
dan lain² sedangkan dia itu selalu melakukan kemungkaran? ".
Kadang kala sesuatu anugerah Allah SWT kepada seseorang individu itu
bukanlah sebab Allah sayangkan hamba-Nya itu tetapi kerana Allah ingin
lihat sejauh mana keik...hlasan
orang itu. Allah ingin lihat adakah hamba-Nya itu akan menyedari bahawa
Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan
berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur
maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.
Kenapa kadang² kita sudah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan?
Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita
lambat atau belum dapat yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan
mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba²-Nya merayu
dan memuji-Nya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar
lepas tu kita taksub dan lupa untuk bersyukur pada yang Esa.
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah SAW bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT
memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat
(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah
SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu², kerana kalau kita hendak dapat kebahagiaan
di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan
berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada
orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam
bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis
dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang
susah juga. Kenapa?
Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tidak
sembahyang, puasa pun tidak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta
mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, "Alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai".
Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah SAW naik ke langit bertemu Allah pun tidak sombong. Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka
bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tidak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,
dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang
beramal.
"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu
beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah
beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat
tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".
Sebenarnya, kadang² Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah SAW bersabda :
"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan
semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika
tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di
celah² daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia
sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai² pun menjadi kelkatu. Kelkatu,
bila mendapat nikmat (sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga
manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT.
Buktinya, Firaun.
Nikmatnya tidak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah
kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi
Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati² juga, sampai
rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya
disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak
ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja
kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan
sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul², maka terjawablah segala keraguan
yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang
berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan
oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhai-Nya. Rupa-rupanya ianya
adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaan-Nya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid
dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj. Orang² besar, istidraj. Jangan!
Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada
Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau
hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang
kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah
mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang
diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang
sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia
bersyukur nikmatnya.
Dia akan menggunakan pemberian ke jalan
kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian
yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan
Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
* Marilah kita sama² menjadi hamba²-Nya yang bersyukur.
Wallahu a'lam.