Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, supaya dapat kita teruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW.....jom kita baca,fahamkan dan amalkan bersama....7 SUNNAH nie kita dapat masa baca kt page mn ntah,xbp nak ingt....kita share kt cnie,moga bermanfaat utk semua...
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
- kadang2 kita rasa mcm ssh je nak bangun malam kan,hakikatnya klu kita mmg da berniat dalam hati utk bangun malam melakukan tahajjud,dengan izinNYA xde yg mustahil..pokok pangkalnya hati dan niat kita...xpercaya???malam nie b4 tdo niat dgn yakin dan bersungguh utk bgn malam,in shaa Allah,kamu semua akan rasainya sendiri...nikmat yan xterucap... ^_^
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
- paling mudah,bangun je tdo kte ucap alhamdulillah dan baca al-fatihah....mudah kan...
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
- kalau shopping complex, wayang n karoke kita boley pegi,xkan laa nk pi surau/masjid sekejap je xboley kan...hikhik...in shaa Allah boley,kamu boley wahai kawan2 ku semua...expecially kaum2 adam... =P
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
- okay....klu baju,kasut,sluar n ray ban boley beli,sedekah pun in shaa Allah,boley juga...yakin boleyh,kita boleyh,malaysia pun boleyh..!! sedekah ikut kemampuan,xperlu menunjuk,Allah xpandang pada nilai yang kita sedekah tu tapi pada niat dan hati kita,ketulusan hati..tu g plg pentin n sukar dijaga....
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
- subhanallahbetapa Allah sayangkan kita,jom kita usahakan bersama menjaga wudhu'
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
- ohooo....yang ni in shaa Allah paling mudah utk kita amalkan,mana taknya,sepanjang perjalanan kita nk pegi/balik keje kita bole istighfar,sambil duduk2,sambil buat2 keje tu kan....bkn ssh pun kan....chaoiyok2..!!
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan....
p/s: peringatan kepada diri ini yang seringkali leka.... moga bermanfaat pada anda semua...