Wednesday, June 29, 2011

k.E.b.O.r.i.N.G.a.n.

fuhhhh........
disaat ini sy rs tersangat la boring...audit da lepas..fail da ok...hmm....tinggal nk wat surat utk meeting kehilangan tp xde odea la plak...mujurla da settle deal ngn sume ahli mesyuarat 2 tarikh n tmpt utk mesyuarat 2 nanti...rase cm nk tdo pn ye jugak ditambah ngn cuaca yg dingin...hahaha....hujan lebat kot....mn x syoknye tdo....btl x???hehehe...


haaaaa.......nmpk x pic kt ats 2??cm la lebey krg keadaan sy skrg nie....sgt2 boring..nak layan fb pn da boring..nk kac mr.R, tkt die bz ler pulak..mujur la td die ade memunculkan diri....ade la ckit semangat nie...hahaha...poyo je kan.....boriingggg!!!!!

Saturday, June 25, 2011

soOoo...........bOred...........

weeehuuu...........
itulah perasaan sy pd hari ini.....sangat bosan...rs kosong....title nie sama ngn status sy dlm fb....mane xnye,klu ikut plan pttnye hr nie sy siapkan fail2 n wat semakan terakhir b4 audit dalaman hr isnin nie tp malangnye niat 2 xdpt diteruskan sbb my lOvely mr.gReeny sick...tbe2 temperature naik...xtau la sbb pe...sooo sad..selama guna mr.gReeny,xpnh pn jd cm 2..ayah xsmpt nk check lg pe punca,kne tggu esk la sbb ayah keje hr nie,mr.gReeny plak sy tingglkn kat ofis,xbrani nk bwk blik,tkt tbe2 jam kt tgh jalan,haruu jadinye...


well,
duduk la sy sorg2 kt umh sbb ibu keje,adk plak xblik....bole katakn hmpr sume cte kt tv sy layan,smbl 2 siapkn keje2 yg sy smpt bwk blik smlm...dr cte sailormoon, devdas,dil to pagal hai, ulangan final maharaja lawak smpai la ke cite shin chan...haha....punye la sdh smpai xde mood nk msk,lgpn xde bhn..nk kuar kedai jauh plak 2,xkan nk jalan kaki,mau rentung kulit sy yg sememangnye xbp nk putih nie..hihi....time 2 mmg sgt2 terasa betapa mr.gReeny memberi impak yg besar dlm hidup sy...byk jasa die pada sy...hope esk ayah leh la repair mr.gReeny, klu x mmg masak la sy nk pi n blik keje...huhu....


Dalam pd 2....
ada 2 perkara yg membuatkan sy lemas,rimas n bosan..perkara yg 1 adalah mr.A...adoyaii..ingtkan lepas da terangkn sume hr 2 xdela die mengganggu lg..rupa2nye x...subuh2 td da msj,boring btlla..dah r jiwang2 bagai...mmg xsesuai btl....da penat@letih tgn sy menaip n jelaskn sume tp die nie agaknye mmg xreti bahasa kot...pening otak sy nk pk..last2 sy ignore je msj2 die......die call plak...adoii....berdering2 mr.c6 sy menyanyi..last2 sy silentkan je..amik ko...berbelas miscal dr die je...isshhh...pe nk wat ngn org cm nie??nie smpai skrg pn die xstop2 msj sy......poning2....


perkara yg kedua plak pasal mr.D...
nie lg sorg...suke ht sy la nk accpt ke x....sape suh remove hr 2...mmg peluang la kan utk sy xaccpt kali nie...hahaha...semak la...klu accpt pn,ntah ape2 ayat komen yg die akn tulis kt pic n status sy...dah la 2,ayat yg bole menimbulkan salah fhm pd org yg membacanya plak 2...ko da ngn fatin kan,dah r..ko xyah de nk sibuk2 lg pasal sy.......skrg nie 2 makhluk nie la yg menyerabutkan sy...



Monday, June 13, 2011

....musIm mEngaWan......

hye my dear,
da berhabuk gle blog nie kan coz da lame sesgt xupdate..bkn malas tp xtau nk describe cm ne perasaan ketika itu..now da cm rs ok ckit....well....setelah mengalami tekanan n ketidakseimbangan emosi yg melampau (ayat nak sadis je,ahaks..tp kenyataan ok), kesedihan n ke'down' an yang sy rs sgt teruk juga la pada minggu2 yg lepas,syukur akhirnya sy dapat mengembalikan semula semangat diri (wlpun xbyk).

okey,let talk about yesterday...
smlm majlis kenduri k.ayu (2 pupu sy), sy n ibu mmg bertungkus lumus bantu majlis 2 sbb die xde saudara rapat yg lain untuk bantu handle majlis 2..dr malam jumaat sampai la kepetang semlm sy ade kt umh die, dan dgn itu secara rasminya sy xpg majlis kawin k-rol, intan n farid..maaf ye kwn2,family 1st right..walau ape pn, congrate la pada k.ayu sbb da slamat jd isteri org,pelamin n baju2 yg k.ayu pakai sgt2 cantik sehinggala membuat sy berangan nak pelamin cm 2 ms kenduri sy nanti..hehehe..gatai kan..tp bile kembali pd realiti n fikirkn keadaan diri yg xde bf lg....
OMG.....
terus rs down...hahahaha..last, mls nk pk sbb mmg letih gle......letih nak pk sume 2..biar la takdir yg tentukan...sy dgr cte mr.S skrg sedang hangat merancang utk majlis tunangnya..lgla sy bertambah down...sedih n kesudahannya sy kuar dari group stdy sy..sengal kan..tp xpela,2 lg baik dr sy terus rs down n sedih..smpai ble kan nk trus bersdh.... 

Wednesday, June 8, 2011

~~~ s.E.n.Y.u.M ~~~


15 fakta menarik mengenai sEnYuM.........


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK.

KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok...walaupun,sebenarnya dalam hati................