Tuesday, February 28, 2012

iStiDraJ

Apa itu Istidraj?

Kadang² kita mendengar orang bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorang insan itu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dan lain² sedangkan dia itu selalu melakukan kemungkaran? ".

Kadang kala sesuatu anugerah Allah SWT kepada seseorang individu itu bukanlah sebab Allah sayangkan hamba-Nya itu tetapi kerana Allah ingin lihat sejauh mana keik...hlasan orang itu. Allah ingin lihat adakah hamba-Nya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Kenapa kadang² kita sudah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan?

Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dapat yang diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba²-Nya merayu dan memuji-Nya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa untuk bersyukur pada yang Esa.

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah SAW bersabda : "Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu², kerana kalau kita hendak dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa?
Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tidak sembahyang, puasa pun tidak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, "Alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai".

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah SAW naik ke langit bertemu Allah pun tidak sombong. Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tidak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Sebenarnya, kadang² Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah SAW bersabda :

"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah² daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai² pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT.

Buktinya, Firaun.
Nikmatnya tidak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati² juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul², maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhai-Nya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaan-Nya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang² besar, istidraj. Jangan!
Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan menggunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

* Marilah kita sama² menjadi hamba²-Nya yang bersyukur.

Wallahu a'lam.

Wednesday, February 22, 2012

pssttt...nAk tAu x cInTa 2 mCm mAnA???

hehehe....lama gile xbukak blog nie,sbb nye......hurmmm...agak2 klu gune alasan bz sTudy ok x??hihihi.....
kre alasan diterima la ye...maaf ye kwn2, lame xupdate ape2..mood utk berblog xde, tapiii.....hari nie,tbe2 je rs nk berblog smula...hahahaha....ok2...tamoo buang masa lagi, korg suMe mesTi da terUja kan bace title pOst sy 2...hehehe...nah, korg bc ler ye....:

korg rasa cam nie x, tapak tanganmu berkeringat, hati plak berdebar kencang dan suara korg plak tersekat di dada? Itu bukan Cinta tAw, itu SUKA. pas2 bila  korg tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya? Itu pun bukan Cinta, itu NAFSU.bila korg menginginkannya sbb korg tahu ia ada di sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN. Adakah korg rs  cinta kat dia sbbkerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.  Adakah korg tetap mengatakan korg menyintainya sbb korgu tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.Adakah korg menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat korg melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA namanya   dan korg rasa dengan memaafkan kesalahannya sbb korg mengambil berat tentangnya 2 da dinamakan cinta? korg salah sbb Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN. and last skali   bile korg ckp pada dia bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA. cam ne plak klu korg rela memberikan semua perkara yang korg senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
haiii la....susah sebenarnye kte nak tafsirkan ape sebenarnye ciNta 2... tapiii.....
bila koRg tetap bertahan dgn percampuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfaham … menarik dan uniknya diauntuk didekati dan kamoo tetap bersamanya? ITULAH CINTA.  dan bila kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.kamu ada rasa  tertarik dengan orang lain tapi kamoo TETAP setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA. kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat? ITULAH CINTA dan bila ada sesuatu yang buAt  hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?.itulah cInta. kamoo rasa sangat gembira bila dia berbahagia? ITULAH CINTA dan last skali bila matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA!
p/s : saya mencintai kamoo bukan siapa kamoo, tapi siapa aku bila bersamu

1st post for 2012 : teNtaNg LeLaKi


Tentang Seorang Lelaki :
Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
.
Bahasa lelaki adalah berlainanLelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
.
Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.
.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.
.
Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang pasangannya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang lelaki mahu pasangannya saja yang menyimpan rahsia-rahsianya.
.
Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan
Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.
.
Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.
Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”
.
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di masabual biasa dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.
Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya
Lelaki mesra tanpa beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.