Friday, May 30, 2014

saYa maaFkaN aWak

Maafkan saya ... saya terlupa apa kejahatan awak pada saya ... saya tak ingat apa mistake awak pada saya ... tapi saya tahu awak ada buat mistake dan awak ada bnyk buat silap dengan saya ...
tapi saya dah maafkan sebab saya tahu bila awak kenakan saya, buat saya marah, awak tipu saya, awak tidak amanah dengan saya, awak cakap buruk dengan saya ... maka bagi saya .. itu bermakna saya juga lemah dan bersalah jugak kerana tidak layan awak dengan baik sampai awak tergamak buat saya macam tu ...
So ... saya dah maafkan ... dah saya memang jenis macam tu ... saya tak suka cari salah orang atau kelemahan orang sebab saya tak nak orangf cari kelemahan saya ... saya tak suka orang cari salah saya sebab saya tahu saya manusia biasa yg hari2 buat salah ...
So ... saya dah lupa apa salah awak pada saya .. saya dah maafkan ... semua salah awak pada saya ...
Dan bila awak ungkit salah saya ... dan pretend seolah2 awak semua betul dan saya ni banyak salah dan silap ... maka saya mintak maaf ...
Sebab setiap kali awak buat salah buat saya sakit hati buat saya terasa ... saya tak pernah simpan dalam hati ... saya terus maafkan awak ... saya takde masa nak ingat2 nak pikir2 ... sebab bagi saya ... saya lebih suka gunakan masa yg saya ada untuk cipta bnyk lagi kejayaan dlm hidup dari memikirkan perkara yg awak buat kat saya ... yang awak kata kat saya ....
So bila awak tanya saya apa salah awak ... apa yg awak buat tak kena ... saya tak boleh jawab ... saya tak ingat ... saya dah lupa ... walaupun saya tahu awak memang ada dan pernah kenakan saya ... buat saya sakit hati ... tidak jujur dengan saya ... buat saya marah dan stress ... apa2 je lahhhh ...
So ... maafkan saya ... silakanlah awak kata apa2pun tentang saya ... terima kasih kerana kata macam2 tentang saya, buruk2kan saya, cakap kutuk2 belakang saya dsbg... saya dah maafkan ... dan saya akan sentiasa maafkan ...
Mungkin sebab itu saya terus berjaya dan gembira dengan pencapaian dan awak terus susah hidup nampaknya ...
Semoga awak berubah lah ye ...
wallahu'alam ....
Notes :-
1. Tak payah bertekak bila ada krisis
2. Tak payah ungkit cerita / kesilapan lama
3. Text di atas adalah contoh cara abangraja berfikir
4. Txxt di atas boleh digunakan untuk pelbgai konflik di tempat kerja / rumahtangga / rakan sebilik / rakan sepejabat dsbg.
5. Hidayah kerja Allah ... doakan dia mendapat hidayah Allah. Hiduplah gembira dengan sentiasa maafkan orang.

wArNa wArNi keHiduPaN


muKa hapPy tEst monOpoD & otw tRaiNinG bOwLinG.....well...i da iMprove sesgt taw...da bole challenge org2 yg berlagak tu...aikss...(terror la sgttttt)

laMa tak jumpa bdk berdua nie.....lepas la rindu jmp diOrg haRitu....ehemmm....dpt tau berita gembira skali,moga dipermudahkan,.... aamiin...
jeje in the office...rasa mcm br semalam melawat dak tecik nie kt umh die,rs kecik je lagi time kte dukung haritu,harinie da besar cam gini da dak jeje nie....time fly fast....aunt eija will miss u jeje...till we meet again okay... (agaknye time tu jeje da berlari2,jeje doakan aunt eja cpt2 ehem2 ye....hikhik..gewdiksss!)

okayy...nie masa larian hijau,tapi kami PPPA sepakat berpakaian orange...ala2 vogue gitu...nie muka2 excited b4 start larian...jap lagi kte tgk muka2 nie lepas larian okayy...myb,this is my last event with UPM...hewhew

still muka exited sbb dpt bermoNopoD...masing2 happy....

ahaaaa....nie la muka2 keletihan seLepas berlari-lari hijau...muka memasing merah menyala mcm udang terbakar...expecially shayerr....ca'in siap tny  "ang muntah ke td eija??muka ang merah menyala.."hikhik...ca'in, muka che' mmg lagu nie,lari ckit pun mmg da merah menyala,almaklumla,kulit ala2 putih2 gebu...huahuahua...perasan..!!

ahaksss....new looks, bak kate bff kte....faktor usia...hello.!! i awet muda okay, nie bukan sebab rabun tapi tahap kesilauan yang melampau, expecially malam..kang bahaya balik class memlm nk drive dgn keadaan gitu...cian kite xde sape nk drivekan g class...hikhik...saje je...i'm an independent gurlz....ceewaahhh.... ^_^

selfie dgn akk2 n boss.....

mkn mee udang kt sg.dua memang terbaikk....selfie dgn makcik n cousin tershayang...kami nampak sebaya kan...hehehe....(perasan je...)

seriusly i miss both of u...xtau bile lagi kite akan berjumpa..kite doakan yang baik2 je buat k.in sekeluarga..doa dan pandang dari jauh,nak kucapai tangan xsampai...sobs2.....


jarak bukan penghalang untuk berhubung dan bersahabat..tq awak sbb slalu jadi penasihat dan pemberi semangat yang terbaik buat saya.lagi2 time nak final..hikhik..sape sangka kan...hikmah disebalik kejadian...smoga ikatan persahabatan kita kekal selamanya...saya doa awak cpt2 ehem2...hikhik..love u...

Wednesday, May 28, 2014

Pesanan Buat Kekasih - Spring

hye ouls.....
hari nie tbe2 terasa nak layan lagu jiwang2 karat....hihi....
soo.....jom kte layan lagu spring nie...



Sewaktu kau melangkah 

Meninggalkan diriku 
Sebaknya rasa di dalam dadaku 
Menahan titis air mata 



Ingin aku berpesan 
Kepadamu kekasih 
Sekiranya engkau merinduiku 
Hubungilah aku di sini 



Jika ada kesilapanku 
Maafkanlah diriku oh sayang 
Dan izinkan aku bertanya 
Mengapa kau berubah hati 



Kiranya kau ada penggantiku 
Tetapi hidupmu tak bahagia 
Relaku memaafkanmu 
Dan menerimamu sayang 



Walaupun hatiku kau lukai 
Namunku masih menyayangi 
Kerana sehingga waktu ini 
Cintaku masih untukmu 



Oh sayang di mana kau berada 
Janganlah kau lupakan aku 
Ingatlah aku walau sesaat 
Seorang insan yang terluka



haaa.....habis layan lagu jiwang,jom kte try praktikkan cara2
 kat bawah nie untuk mantapkan lagi hubungan korang....
nie cadangan je....klu ade yang lebih baik,bole praktikkan bersama2 ye,,.,
ishh....apela yang kte megarut nie kan....layan jela,mata ngantuk nie...hihihi.....


CARA PEREMPUAN SERIUS DLM PERHUBUNGAN 



1) Selalu tanya awak dekat mana.
2) Always take care pasal awak.
3) Risau akan kesihatan awak.
4) Beri awak semangat.
5) Tak pernah lupa untuk text awak.Even awak tak reply.
6) Tak pernah cakap dia bz/penat bila layan awak even dia sebenarnya bz/penat. 
7) Buang ego untuk awak.
8) Sentiasa mengelakkan perkara yang boleh mendatangkan pergaduhan.
9) Sanggup tunggu awak yang sedang sibuk. 
10) Sabar even selalu dikecewakan. 
11) Tak pernah marah awak layan perempuan lain sebab dia tahu, dalam hati awak ada dia seorang je 
12) percayakan awak .
13) Berusaha buat awak bahagia and happy selalu

Tuesday, May 27, 2014

i.k.h.l.a.s


Jika merujuk kepada Al-Qur’an dan Sunnah, kita akan menemukan asal permasalahan iaitu hati yang rosak karena kecenderungan pada syahwat.
 “Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.” (Al-Hajj: 46). Rasulullah saw. bersabda, “Ingatlah bahwa dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka seluruh tubuhnya baik; dan jika buruk maka seluruhnya buruk. Ingatlah bahwa segumpul daging itu adalah hati.” (Muttafaqun ‘alaihi). Imam Al-Ghazali pernah ditanya, “Apa mungkin para ulama (para dai) saling berselisih?” Ia menjawab,” Mereka akan berselisih jika masuk pada kepentingan dunia.”
Oleh itu, pengubatan hati harus lebih diutamakan berbanding pengubatan fizikal. Hati adalah pangkal segala kebaikan dan keburukan. Dan ubat hati yang paling mujarab hanya ada dalam satu kata iaitu ikhlas.

Kedudukan Ikhlas
Ikhlas adalah buah dan intisari dari iman. Seorang tidak dianggap beragama dengan benar jika tidak ikhlas. Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162). Surat Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”
Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan, Rasulullah saw. berkata, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.” Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap redha-Nya.”
Fudhail bin Iyadh memahami kata ihsan dalam firman Allah surat Al-Mulk ayat 2 yang berbunyi, “Liyabluwakum ayyukum ahsanu ‘amala, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” dengan makna akhlasahu (yang paling ikhlas) dan ashwabahu (yang paling benar). Katanya, “Sesungguhnya jika amal dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar, maka tidak diterima. Dan jika amal itu benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak diterima. Sehingga, amal itu harus ikhlas dan benar. Ikhlas jika dilakukan karena Allah Azza wa Jalla dan benar jika dilakukan sesuai sunnah.” Pendapat Fudhail ini disandarkan pada firman Allah swt. di surat Al-Kahfi ayat 110.
Imam Syafi’i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya, “Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia redha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”
Oleh itu tak heran jika Ibnul Qoyyim memberi perumpamaan seperti ini, “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi guni dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.” Dalam kesempatan lain beliau berkata, “Jika ilmu bermanfaat tanpa amal, maka tidak mungkin Allah mencela para pendeta ahli Kitab. Jika ilmu bermanfaat tanpa keikhlasan, maka tidak mungkin Allah mencela orang-orang munafik.”
Makna Ikhlas
Secara bahasa, ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Maka orang yang ikhlas adalah orang yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal.
Sedangkan secara istilah, ikhlas berarti niat mengharap ridha Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain. Memurnikan niatnya dari kotoran yang merusak.
Seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras (nampi beras) dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka, beras yang dimasak menjadi nikmat dimakan. Tetapi jika beras itu masih kotor, ketika nasi dikunyah akan tergigit kerikil dan batu kecil. Demikianlah keikhlasan, menyebabkan beramal menjadi nikmat, tidak membuat lelah, dan segala pengorbanan tidak terasa berat. Sebaliknya, amal yang dilakukan dengan riya akan menyebabkan amal tidak nikmat. Pelakunya akan mudah menyerah dan selalu kecewa.
Oleh itu, bagi seorang daie makna ikhlas adalah ketika ia mengarahkan seluruh perkataan, perbuatan, dan jihadnya hanya untuk Allah, mengharap redha-Nya, dan kebaikan pahala-Nya tanpa melihat pada kekayaan dunia, penampilan, kedudukan, sebutan, kemajuan atau kemunduran. Dengan demikian si daie menjadi tentara fikrah dan akidah, bukan tentara dunia dan kepentingan. Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku.” Dai yang berkarakter seperti itulah yang punya semboyan ‘Allahu Ghayaatunaa‘, Allah tujuan kami, dalam segala aktiviti mengisi hidupnya.

Ciri Orang Yang Ikhlas
Orang-orang yang ikhlas memiliki ciri yang boleh dilihat, antaranya:
1. Senantiasa beramal dan bersungguh-sungguh dalam beramal, baik dalam keadaan sendiri atau bersama orang banyak, baik ada pujian ataupun celaan. Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Orang yang riya memiliki beberapa ciri; malas jika sendirian dan rajin jika di hadapan banyak orang. Semakin bergairah dalam beramal jika dipuji dan semakin berkurang jika dicela.”
Perjalanan waktulah yang akan menentukan seorang itu ikhlas atau tidak dalam beramal. Dengan melalui berbagai macam ujian dan cobaan, baik yang suka mahupun duka, seorang akan terlihat keikhlasannya dalam beribadah, berdakwah, dan berjihad.
Al-Qur’an telah menjelaskan sifat orang-orang beriman yang ikhlas dan sifat orang-orang munafik, membuka kedok dan kebusukan orang-orang munafik dengan berbagai macam cirinya. Di antaranya disebutkan dalam surat At-Taubah ayat 44-45, “Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya.”
2. Terjaga dari segala yang diharamkan Allah, baik dalam keadaan bersama manusia atau jauh dari mereka. Disebutkan dalam hadits, “Aku beritahukan bahwa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika sendiri melanggar yang diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)
Tujuan yang hendak dicapai orang yang ikhlas adalah ridha Allah, bukan redha manusia. Sehingga, mereka senantiasa memperbaiki diri dan terus beramal, baik dalam kondisi sendiri atau ramai, dilihat orang atau tidak, mendapat pujian atau celaan. Karena mereka yakin Allah Maha melihat setiap amal baik dan buruk sekecil apapun.
3. Dalam dakwah, akan terlihat bahwa seorang dai yang ikhlas akan merasa senang jika kebaikan terealisasi di tangan saudaranya sesama dai, sebagaimana dia juga merasa senang jika terlaksana oleh tangannya.
Para daie yang ikhlas akan menyadari kelemahan dan kekurangannya. Oleh karena itu mereka senantiasa membangun amal jama’i dalam dakwahnya. Senantiasa menghidupkan syura dan mengukuhkan perangkat dan sistem dakwah. Berdakwah untuk kemuliaan Islam dan umat Islam, bukan untuk meraih populariti dan membesarkan diri atau lembaganya semata.

Tuesday, May 13, 2014

- LA TAHZAN !

- LA TAHZAN ! (JANGAN BERSEDIH !) -
Semoga Allah selalu bahagiakan kita dengan keikhlasan dan kesabaran.
Bahagia adalah sebuah kata yang setiap kita pasti ingin merasakannya. 
Bahagia adalah sebuah kata yang kadang tak mudah untuk dirangkai dengan kata.
Bahagia yang abstrak untuk dilihat namun mutlak untuk dirasa.
Setiap jiwa memiliki definisi bahagia yang tak sama.
Bahagia dan kesedihan adalah setali tiga uang.
Salah satunya akan datang silih berganti.
Sebagaimana malam pergi hadirkan pagi.
Sebagaimana hujan berhenti hadirkan pelangi.
Sahabat Sekalian...
Jangan bersedih...
Bila kenyataan tak selalu sesuai harapan.
Bila orang tersayang tiba-tiba lakukan pengkhianatan.
Bila beberapa janji teringkari
Bila hati tersakiti.
Jangan bersedih...
Bila orang bersikap merendahkan kita.
Bila orang tak menganggap keberadaan kita.
Bila orang hanya memandang kita sebelah mata.
Bersabarlah...
Ikhlaskan setiap lara yang ada .
Ikhlaskan setiap luka yang mendera.
Ikhlaskan setiap kecewa...
Sebab Allah selalu punya cara untuk membahagiakan kita.
Hari ini esok dan selamanya.
SUBHANALLAH...