Sunday, August 24, 2014

LELAKI KENA TAHU


Tidak semua wanita selalu minta dimanja.
Tidak semua wanita selalu minta perhatian.
Tidak semua wanita selalu minta macam-macam.
Masih ramai wanita masih mampu berdiri dalam keteguhan
Meski terkadang sering dikecewakan.
Masih ramai wanita masih mampu banyak diam.
Meski gejolak hati kadang tak tertahankan.
Masih banyak wanita masih mampu setia.
Meski terkadang pernah diduakan.
Ketika lelaki berusaha pergi dan menghindar.
Wanita masih mampu untuk bertahan.
Ketika lelaki datang kembali membawa keinginan.
Wanita masih mampu menerima dengan kedua tangan.
Meski wanita terkadang terlihat tidak peduli.
Meski Wanita terkadang terlihat mengacuhkan.
Tapi sesungguhnya jauh dilubuk hatinya yang paling dalam.
Wanita masih mampu berdoa dalam setiap malamnya.
Berdoa dan berharap untuk yang terbaik bagi lelaki yang disayanginya

Friday, August 22, 2014

LePasKan.....LePasKan .....


  • Jika hatimu telah kamu penuhi kasih lalu ia menghindar kemudian menghilang darimu,
    Jika usahamu telah cukup kuat terhadapnya,mempertahan Cinta semata hanya mengharap.ridha ALLAH Ta'ala,maka
    Lepaskan DIA. Ikhlaskan DIA.
    Man Taraka Syai’an Lillah, ‘awwadhahullah khairan minhu..“Barang siapa yang meninggalkan sesuatu karena mengharap ridha ALLAH semata,maka ALLAH akan menggantinya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.”Insya Allah, Amiin..
    Bersabarlah, Teruslah bersujud dalam istikharah malammu..Teruslah bermunajat dalam doa-doa panjangmu..
    Ada rencana ALLAH dibalik lukamu, pasti ada hikmah dibalik kesedihanmu,
    Aamiin Ya Robbal'alamin
  • Jika seseorang yang kamu sayangi memilih melepaskanmu dengan suatu alasan yang tidak dapat kamu fahami,
  • ada saatnya kita membiarkan sesuatu perkara itu pergi..
  • dan ada waktunya kita harus mendiamkan diri terhadap orang yang menyakitkan hati kita,supaya benda yang baik akan menyapa terlalu memikirkan sangat tentang orang yang tidak puas hati dengan kita hanya membuang waktu dan hanya membenarkan benda negetif masuk dalam hidup kita..percaya pada diri sendiri kerana ada waktunya semua keputusan kita hanya kita dan DIA saja yang tahu..



Wednesday, August 20, 2014

Rahsia Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga...


Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. 

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan 
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh 
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas 
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas 

Wanita berunsur Tanah 

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti: 

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. 
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. 
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. 
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami. 

Wanita berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. 
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. 
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah. 

Wanita yang berunsurkan Api 

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: 

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. 
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. 
* Penasihat yang baik kepada suami. 
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami. 
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan. 

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: 

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. 
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah. 
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami. 
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

Rahsia Bentuk Wajah

Assalamualaikum.....

Wajah rahsia hati....hihi...menarik kan klu tulis gitu.ape kata malam nie kte tgk ape makne disebalik bentuk wajah kiter nie...tp jgn percaya plak,nie utk suka2 je...kot2 ade persamaan tu kebetulan la tu kan...hehe...agak2 ape bentuk wajah kte ekk???? 


BUJUR SIRIH.... 
Bentuk wajahnya kelihatan panjang atau lonjong.. 
Keperibadiannya:- 
Sentiasa bekerja keras,bijak menangani masalah kewangan,memiliki sikap gigih yg luar biasa,memiliki perancangan hidup yg sangat jelas,ada kalanya agak ego... 

BULAT.... 
Bentuk wajahnya kelihatan bulat dan sering dikaitkan dgn faktor ketembamam.. 
Keperibadiannya:- 
Peramah,berpewatakan ceria dan santai,bijak berkomunikasi namun gemar membuat sesuatu keputusan mengkut kata hati... 

BERSEGI... 
Wajah berbentuk kotak atau kelihatan berbentuk seperti empat segi... 
Keperibadiannya:- 
Aktif dan gemarkan aktiviti yang berkaitan dengan sukan,Agresif dan bercita2 tinggi,memiliki daya ingatan yg tajam namun agak lembab dalam urusan C.I.N.T.A... 

SEGI TIGA... 
Lebar dahi lebih besar berbanding bahagian wajahnya yang lain... 
Keperibadiannya:- 
Cerdik,pantas dlm melakukan sesuatu tugasan,terlalu aktif dan tidak tahu duduk diam namun agak kurg gemar memikirkan soal kesihatan diri...

Tuesday, August 19, 2014

6 AYAT ORANG PEREMPUAN :

tips..!!!!
tak kira la kepada yang da berkahwin,yang bertunang,yang dalam percintaan, yang sedang mencari cinta,yang sedang dalam krisis,yang sedang......dan segala yang la kan...hehe....sila baca dan fahami...sekian...

1) OKAY FINE ! : Menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan mahu segera mengakhiri pertelingkahan. Dengar sini lelaki, tak perlulah bersuara jika ingin meredakan keadaan. Diam, dan pujuknya dengan lembut ketika dia sudah reda.

2) BAGI SAYA 5 MINIT : Haaa, yang ni jangan menaruh harapan sekejap. Lagi2 masa nak bersiap-siap keluar atau menemannya memilih barang. Jadi, bersiaplah daripada segi mental dan tenaga jika menemani dia yang tersayang untuk keluar.


3) TAK ADA APA-APA : Haaa, yang ni pula kalau dalam inggeris kata NOTHING. Macam Haris Iskandari sendiri pernah kata, "When a woman say nothing, its mean everything is WRONG." Kan? Hehe.. 


4) TERIMA KASIH SANGAT-SANGATTTTTTT : Kalau perempuan cakap terima kasih je, lelaki jgn byk soal. Jawab je sama2. Tapi kalau perempuan kata terima kasih sangat-sangattttt, itu sindir tu. Jangan pula dijawab sama-sama sangat-sangattttt. Nahas laaa.

5) PERGI LAA BUAT, TADI KATA NAK SANGAT : Ini cabaran, bukannya si dia beri kebenaran secara rela. Kalau kau buat ada la yang kau dapat. Baik jangan buat, okay?

6) APA-APA JELA : Tu cara paling 'simple' orang perempuan nak tunjuk rasa menyampah, awas la ye para suami di luar sana kalau dapat ayat macam ni.
Semoga membantu!

noin's wed







Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

eheee....disebabkan mood sangat baik & ala2 jiwang malam nie, cer tengok....tulisan pun nak wane pink gittuw...hihihi....kte update satu lagi untuk tatapan dan perkongsian...ermm....kne jelas ye dengan benda2 nie sume, jangan sampai confius sendiri...hahaha!!!Nampak tak betapa besarnya kte gelak,tu maknanya tulisan nie adalah untuk peringatan diri sendiri juga ye cik eija....lalala.....slamat membaca....


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan…)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

.....sEmoGa aBadi......

Assalamualaikum....
hikhik...malam nie tetbe rasa nak update blog, da bersawang lama ditinggalkan..kesiann die....
Dari pagi sampai la malam nie, mood kte happy je,rasa nak nyanyi2...hahaha... (kesengalan melanda diri) ..mood jiwang2 gituuu...hahaha...!!
Dari pagi jugak la lagu Misha Omar - Semoga Abadi ni asyk la terngiang2 kt telinga nie....mujur ler xde org pasan harinie asyk senyum je....huahua.....i dnt know whyyy....okay, jom kiter layan lagu nie.....nak tgk youtube die korg bole click SINI 


Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

(Korus)
Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan ku bawa sampai akhir nanti

(Ulang korus)