Tuesday, March 29, 2016

::hAppY hOuR::

Assalamualaikum...
Hai uols,mai dekat ckit kte nk tny..agak2 ape salah 1 perkara yang bole buat orang pompuan expecially yang da bergelar puan cm kiter ni selain shopping???yupp2..!!btl tu,jawapannye ialah makannn...!!!hehehe..

Syukur sgt2 sbb dpt husband yg mmg suke makan,suke jalan2 cari makan (jjcm) xkesahla pay day or regular day..tis month kami pi mkn kat soul garden..bby nie ajak mama die makan sane,baba die ikutkan je..adela 2-3 ketul gambor yg kte snap2..xbyk sbb xingt nk amik,fokus nk mkn je kan.hehehe..

lg 1 nk say tq gak kt en hubby kte sbb sponser dinner utk both fmly,means fmly kite n fmly in law..kami pi mkn ramai2 kt ana ikan bakar petai..byk sgt makanan aihh..ikan bakaq,sotong tepung,tomyam,lala,ketam, n macam2 lagi la..moga en hubby dimurahkan rezeki,bertambah lagi bonus utk taun dpn,leh kte bwk bby kite pulak join skali next year..aamiin...in shaa Allah..hhehee...nah kte kongsi ckit2 pic yg ade..





Tuesday, February 16, 2016

:: Placenta Previa ::

Assalamualaikum...
Lamanye xupdate kt blog ni,huhu...Alhamdulillah skrg nie usia kandungan kiter da msk 28w bersamaan 7bulan...rezeki,lps nikah pi honeymoon trus lekat bby..syukur sesgt

Start 7bulan nie kte da kne g checkup sebulan 2x,hasil pemeriksaan smlm doc dpt detect kiter mengalami 'plecenta privia'.

Masa mula2 doc bgtau tu mmg blur2 la kan sbb xbp nk faham..meh kte xplain ckit kt korg ape itu 'placenta privia'.

Tadaaa...cer tgk gambo kt bwh nie..,

Plasenta previa (placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh. 

Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang,bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi. 

Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa. 
I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina; 
II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina; 
III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean; 
IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean. 


Hurmmm...itu la die plecenta privia,for me,I'm on stage 2..since usia kandungan br masuk 7bulan,doc ckp jgn risau2 sgt sbb in shaa Allah n masih ade harapan utk uri/placenta naik ke atas n bby akn berada pd posisi yg betul...kne sama2 usaha,doa n of course dibawah pemantauan doc pakar..

Doc nasihat kiter kne banyak rehat n jangan buat keje2 berat..next appointment 29/2 ni,tp doc da remind klu dlm tempoh tu kiter rasa sakit sgt,ataupun ade pendarahan or air ketuban keluar kne cepat2 g hospital..

Walaupun dalam hati mmg da berdebar bercampur baur perasaan,kiter rasa syukur sbb doc ckp keadaan baby Alhamdulillah baik2 n membesar dgn sihat..then doc bg tau,congratee...it's a boyyy...patutlaa die lasak semacamm..hehehe...tp kiter da agak da..instinct..cewaahh..

 Harap2 semuanya dipermudahkan dan baik2 je..yang penting bby selamat..ummi can't wait to see u dear..be stong,we can do it..!! In shaa Allah,ada hikmah...

P/s : doakan semuanya dipermudahkan ye...

Tuesday, January 19, 2016

Thursday, January 7, 2016

Maka yang mana satukah nikmat Tuhanmu yang engkau nafikan ? - Surah Ar-Rahman

Musibah dan "mukhti'ah"

Manusia sering ditimpa pelbagai musibah dan ujian pada hari-hari dalam hidupnya, untuk menguji dirinya sama ada bersyukur atau sebaliknya.

Kebiasaan kita akan bersabar apabila ditimpa musibah, ia adalah satu kewajipan bagi seseorang mukmin.

Namun apa yang biasa kita lupakan, kita seringkali terlupa untuk bersyukur dengan "mukhti'ah" yakni lawan kepada musibah, yang tidak tertimpa kepada kita. Kita mungkin jarang bersyukur kerana masih punyai peluang perbaharui taubar, masih diberi rezeki untuk hidup dan memilih jalan kebaikan, masih punyai keluarga yang mengasihi, masih punyai anggota badan yang sihat, masih punyai akal yang mampu menilai dan berfikir... hingga tak terkira nikmat atas kurniaan 'terelaknya kita daripada mukhti'ah" ini.

Musibah berasal dari kata akar asaaba (tepat/mengena sasaran), yakni musibah membawa maksud perkara yang mengena sasarannya. 

Mukhti'ah pula berasal dari kata akar akhta'a yakni (tak tepat/tidak mengena sasaran), yakni segala perkara yang tidak tertimpa pada kita.

Maksud hadis sahih : "Ketahuilah sesungguhnya apa yang menimpa kamu memang tidak akan tersalah sasarannya, dan apa yang tidak tertimpa kamu memang tidak akan kena padamu (kamu bukanlah sasarannya)."

Mukmin yang melihat dengan pandangan Allah akan merasakan bahawa dirinya sentiasa di dalam pengawasan Allah dan kawalan-Nya, Dia memberikan hamba-Nya sesuai dirinya dan kemampuannya. 

Dirinya sentiasa wujud di antara dua kebaikan, bersyukur atas 'mukhti'ah' dan bersabar atas 'musibah'. Pada bila-bila masa dia berada dalam pandangan keredhaan, waktu sukar atau senang.

Demikianlah satu aspek kecil dalam kehidupan mukmin, yang harus selalu kita selami dan fahami. 

Hatinya sering menyebut dan mengulang-ulang doa yang dirakamkan dalam surah Ali Imran ".... pada tangan-Mu lah segala kebaikan, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu" 

Maka yang mana satukah nikmat Tuhanmu yang engkau nafikan ? - Surah Ar-Rahman