Friday, February 28, 2014

| TIPS MENINGGALKAN COUPLE ||


Assalamualaikum & selamat malam....
hari nie kita nak share tips dari Pakar Diari Hati (PDH) berkaitan cara yang paling efektif untuk meninggalkan/melupakan couple kita....

1. Bertaubat:Menyesali kejahilan dahulu. Berazam tidak akan mengulangi. Memperbanyakkan solat taubat siang malam.


2. Kuatkan hati:Putuskan hubungan tersebut serta jalan-jalan yang membolehkan kamu berdua berhubung. Salin nombor sahabat-sahabat dan tukar nombor telefon bimbit. Ada juga yang taknak menukar nombor telefon,dan berniat berhenti sms. Tetapi percayalah, cara itu kurang efektif kerana ada syaitan yang menggoda. Syaitan akan memujuk dan terus memujuk.


3. Elakkan kebosanan:Oleh kerana dah terbiasa sms, calling, chat. Tukarkan kepada menghadiri usrah, majlis keagamaan, tazkirah, kempen-kempen agama, riadah bersama keluarga dan sahabat fillah.


4. Membeli dan membaca buku Tarbiyah:Contoh terbaik novel tautan hati,Cinta High Class,Seindah mawar berduri,pemilik cintaku setelah Allah dan rasul oleh ustazah Fatimah Syarha. Ataupun tentang cinta oleh Pahrol Mohd juoi,Matahari oleh Hilal Asyraf dan banyak lagi.


5. Memperbaiki penampilan diri:Aurat dari atas kepala hingga hujung kaki tertutup dengan sempurna. Tiada ketat, tiada singkat, tiada terdedah, tiada nipis dan afdhal gunalah warna gelap setiap kali keluar rumah.


6. Jika masih belajar:Sibukkan diri dengan aktiviti persatuan yang bermanfaat untuk mental dan fizikal.


7. Padamlah lagu-lagu jiwang dalam hp,laptop dll:Tukarkan kepada nasyid, zikir, alunan qasidah, selawat yang mengingatkan kita pada Allah dan Rasul.


8. Selalu perbetulkan semua niat:Yakin dengan Qada Qadar. Jika ada jodoh, pasti bertemu jua.


9. Memperbanyakkan ingat mati:Cukup kematian sebagai peringatan.


10. Allah berfirman-"Kamu menyangkanya perkara kecil,sedangkan di sisi Allah, ia adalah perkara yang besar dosanya" (Surah an-Nur: 15)


Kita buat apa ALLAH suka,ALLAH beri apa kita suka 
HIJRAH !

Wednesday, February 26, 2014

...Jika....

#remindtomyself

Tuesday, February 25, 2014

bEsT mOMeNt



Assalamualaikum n slamat malam semua.......
mesti korang rasa macam pelik kan napa kte letak quote nie??ape kene mengena dengan tajuk entry kali nie???jom....selami n hayati ape yang kte nak share hari nie....

"Life isn't about WAITING for the storm to pass.
its's about learning to DANCE in the rain".

last week kami diuji dengan kesakitan....ibu tersayang demam panas dan hampir2 pitam kat tempat keje, suhu badan tinggi menyebabkan sendi2 berasa sakit ditambah pulak ibu ade darah tinggi...hati nie rasa bercampur baur...sayu hati bila tengok ibu lemah xnk makan,cek darah utk pastikan ibu x dijangkiti demam denggi dan syukur alhamdulillah, ujian utk demam denggi negatif tp tekanan darah ibu agak tinggi, Doc cakap faktor cuaca dan mungkin juga ade beberapa faktor yang buat ibu stress...tambah la risau hati nie kan,tapi syukur...atas doa semua dan usaha serta tawakal,hari nie keadaan ibu beransur baik..da bole bangun n bersembang,tak terkata & tergambar rasa hati nie bile tgk senyuman ibu...


aishh.....tbe2 rasa touching...hihi....walau sebesar ape pun dugaan yang Allah berikan pada kita, kita perlulah sabar menghadapinya,jangan sekali2 berputus asa dengan rahmatNYA...terus berusaha dan berdoa...
betapa besar kuasaNYA,betapa kasihnya DIA pada hambaNYA,tidak sekali2 dia menghampakan hambaNYA....subhanallah.....



syukur....syukur...syukur.....tambah syukur & gembira sbb hari nie ayah blanja kita servis mr.greeny....aishhh....double2 touching hari nie tau,tak terkata..tapi kan,kte xsampai hati,kte bagi gak kat ayah duit,walaupun mulanya ayah xmau tapi lepas kita  berdegil akhirnya ayah setuju amik separuh, ayah cakap lebih tu buat belanja okay....ibuayah nie suka sangat buat kita touching....syukur padaMU krn menganugerahkan mereka kepadaku...



sesungguhnya Allah itu maha adil,byk anugerahnya pada kita...kita sama2 doa moga kita diberi kekuatan untuk mengharungi segala dugaanNYA,diteguhkan hati dan pendirian agar selalu berada dijalanNYA dan tidak berputus harap....syukur juga sbb kita ade sahabat2 yang selalu amik berat pada kita.... syukur padaMU...

Monday, February 24, 2014




Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon kepada-MU sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik keberhasilan, sebaik-baik amal perbuatan,sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, dan sebaik-baik kematian, tetapkanlah padaku serta perberatlah timbangan amal kebaikanku, kukuhkanlah keimananku,murahkanlah reziku,keluargaku dan sahabat2 ku, tinggikan darjatku, terimalah solat2 ku, ampunilah dosa kesalahanku,dosa kedua ibu bapaku,sahabat handaiku serta mereka2 yang ku sayang dan ku mohon dan rayu pada-Mu untuk mendapat tingkat tertinggi di dalam syurga..





Thursday, February 20, 2014

::.....Muzakarah 6 Sifat..::::

::.....Muzakarah 6 Sifat..::::


بسم الله الرحمن الرحيم
Kejayaan sebenar manusia hanya dalam agama sejauh mana ia dapat mentaati perintah ALLAH SWT dan Ikut Sunnah NABI SAW.Allah tidak meletakkan atau mengukur kejayaan manusia baik lelaki dan perempuan dengan harta,wang ringgit pangkat dan kedudukan.Allah menilai setiap hambanya dengan iman dan ketaqwaaan kepadanya.



Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :
  1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
  2. Mereka ada hakikat Solat yang Khusyu’ dan Khudu’
  3. Mereka ada hakikat Ilmu dan Zikir
  4. Mereka ada hakikat Ikramul Muslimin
  5. Mereka ada hakikat Niat yang Ikhlas
  6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , keluar di Jalan ALLAH swt)Jadi , ke enam-enam sifat inilah yang kita perlu usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bilamana 6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya-ALLAH.
Sekarang kita muzakarahkan, bagaimana ke enam-enam perkara ini dapat hadir dalam diri kita.
1.USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
A.KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :

MAKSUD :

Maksud dari pada kalimah ini , adalah “meyakini hanyasanya Allah SWT sahaja yang berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa”

CARA NAK DAPAT :
Jadi untuk dapat hakikat yakin pada ALLAH swt yang sempurna dalam hati, maka hari-hari kena banyak cakap kebesaran ALLAH swt. Nafikan kebesaran makhluk, masukkan kebesaran ALLAH swt dalam hati. Jumpa manusia, cakap kebesaran ALLAH swt, supaya kebesaran ALLAH swt akan masuk dalam hati, Insya-ALLAH.

KELEBIHAN :
Bila mana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga baginya InsyaALLAH. Iman sebesar zarah, ALLAH Ta’ala bagi syurga 10 kali luas dunia, Insya-ALLAH.
B.KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH

MAKSUD :

Meyakini hanya dengan cara Nabi saw sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan akhirat.

Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu : 
  • Sunnah Surah- (Penampilan Nabi saw)
  • Sunnah Sirah- (Perjalanan Nabi saw)
  • Sunnah Sarirah- (Fikir Risau Nabi saw)

CARA NAK DAPAT :

I.Penampilan Nabi saw, umum mengerti macam mana penampilan Nabi saw. Jadi kita punya penampilan pun harus macam Nabi saw. (belajar-belajar Insya-ALLAH)
II.Perjalanan Nabi saw, Sunnah-sunnah Baginda saw dari Baginda saw bangun tidur sampai Baginda saw tidur balik. Kita pun harus buat perkara yang sama Insya-ALLAH.
III.Fikir Nabi saw, adalah fikir risau ummat-Nya, bagaimana setiap ummat-Nya, boleh selamat dari azab api neraka, masuk syurga ALLAH swt, Insya-ALLAH. Kita juga kena belajar-belajar fikir risau ummat Insya-ALLAH.

KELEBIHAN :

"Barangsiapa Mengikuti Sunnah Ku, Maka Dia Mencintai Ku, Barangsiapa MencintaiKu, Maka Dia Akan Bersama Ku Dalam Syurga" – Hadis
2.USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYU’ DAN KHUDU’

MAKSUD :
Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat (dalam solat kita merendahkan pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan. Dalam solat kita zikir, di luar solat kita zikir, dll)

Ulama’ kata, macam mana pembawakan kita dalam solat, macam itulah kita di luar solat. Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya-ALLAH, begitulah sebaliknya.

Solat yang paling tinggi mutunya, dapat tarik nusrah ALLAH swt secara tunai (macam mana kisah Saidina Ali karamALLAHuwajhah tiada makanan, maka kisar gandum telah berputar mengeluarkan gandum asbab solat Saidina Ali karamALLAHuwajhah tersebut) dan solat sekurang-kurangnya dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar.

CARA NAK DAPAT :
Solat mengikut sunnah Nabi saw, iaitu berjemaah, di tempat azan di laungkan, di awal waktu.

KELEBIHAN :
Dengan jaga Solat, ALLAH swt akan beri 5 ganjaran :

I.Rezeki nya di permudahkan
II.Ditarik azab kubur
III.Mendapat buku catitan amal dengan tangan kanan
IV.Melintas titian sirat sepantas kilat
V.Masuk Syurga Tanpa Hisab
3.USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR

MAKSUD :
Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah ALLAH swt yang perlu diutamakan dalam satu-satu keadaan.

Contohnya ketika bekerja, tiba-tiba azan berkumandang, maka satu orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada solat berjemaah. Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak faham kehendak agama yang sebenar, hakikatnya.

Maksud ilmu juga, “Apa-apa yang dapat membantu kamu menjawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.”

CARA NAK DAPAT :
Ilmu terbahagi kepada dua , ilmu fadha’il dan ilmu masa’il,
I.Ilmu Masa’il- kita boleh belajar dengan guru-guru yang mursyid. Ilmu masa’il maksud nya adalah ilmu mengenai hukum hakam sesuatu perkara.
II.Ilmu Fadha’il - adalah ilmu tentang kelebihan sesuatu amal. Ilmu fadha’il boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim atau mendengar bacaan kitab Fadha’il Amal (di dalam majlis Ta’lim wa Ta’lum)

*Kita duduk dalam majlis taklim Fadha’il Amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal, Insya-ALLAH.

KELEBIHAN :
I.Satu orang yang berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang abid.
II.Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah sepanjang-sepanjang malam.

MAKSUD :
Zikir pula ialah sentiasa meletakkan ALLAH swt di dalam hati setiap masa & ketika.
CARA HENDAK DAPAT :
Ulama’ telah beri panduan pada kita untuk amal zikir 300 pagi & 300 petang
1.Subhanallah (33) + Alhamdulillah (33) + ALLAHuakbar (34)
2.Lailahaillah anta subhanak inna kunna laminazollimin (100)
3.Astaghfirullahal‘azim (100)
KELEBIHAN :
Satu orang yang zikir hidup di sisi ALLAH swt, seseorang yang tidak berzikir maka mati di sisi ALLAH swt
4.USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN :
MAKSUD :
Menunaikan hak suadara (seIslam) kita, tanpa menuntut hak. Memuliakan mereka, kerana Iman yang ada dalam diri mereka.

Setiap orang Islam adalah mulia di sisi ALLAH swt, kerana Iman yang ada dalam diri mereka.

CARA NAK DAPAT :
I.Memuliakan Alim Ulama’
II.Menghormati Orang-orang Tua
III.Kasih Sayang Kanak-kanak

KELEBIHAN :
Menunaikan hak saudara seislam kita, ALLAH swt akan bagi kita 73 hasanah,
1 hasanah, ALLAH swt akan bagi di dunia (yang mana cukup untuk keperluan kita di dunia)
72 hasanah lagi, ALLAH swt akan bagi di akhirat kelak.
Satu orang yang membatalkan niat iktikaf, kerana pergi menunaikan hajat saudara dia, Maka ALLAH swt akan bagi dia 10 tahun pahala iktikaf yang di terima,
osatu malam ikitikaf, ALLAH swt jauhkan dia dari api neraka sejauh 3 parit.
oSatu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.
5.USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS :

MAKSUD :
Melakukan perintah-perintah ALLAH swt, semata-semata kerana ALLAH swt.

CARA NAK DAPAT :
Kita harus selalu check niat kita, sebelum -> semasa -> sesudah beramal pastikan ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt.

KELEBIHAN :
Niat yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt, ALLAH swt akan lipat gandakan ganjaran amal. Sebagaimana satu orang Sahabat ra yang sedekahkan satu biji tamar, dan dia ikhlas kerana ALLAH swt, maka Nabi saw beritahu, dia punya pahala adalah sebesar Gunung Uhud.
6.USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH :

MAKSUD :
Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi ALLAH swt telah beli diri dan harta kita dengan syurga.

Jadi kita harus infakkan diri dan harta kita di jalan ALLAH swt kerana
I.Harta yang digunakan di jalan kebaikan ALLAH swt akan hisab
II.Harta yang digunakan di jalan kemungkaran ALLAH swt akan azab
III.Harta yang tidak akan di hisab atau di azab ialah digunakan di jalan ALLAH swt

CARA NAK DAPAT :
Bagi masa keluar di jalan ALLAH swt
Untuk usaha atas iman diri sendiri dan mengajak orang lain untuk usaha atas iman
Selama :
o1 Tahun (Ulama’ ‘Alim)
o4 bulan (Sekurang-kurangnya seumur hidup)
o40 hari (Setiap Tahun)
o10 - 3hari (Sebulan)
I.4 Bulan :
Ulama’ kita beritahu, apabila kita keluar jalan ALLAH swt selama 4 bulan. Maka ALLAH swt akan bagi roh agama.
Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan sahaja, dia dapat roh/nyawa.
oSatu wanita di zaman Saidina Umar ra telah merindui suami nya yang keluar di jalan ALLAH swt yang sangat lama.
oMaka Saidina Umar ra telah tanya adik perempuannya, berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan ALLAH swt, maka adiknya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.
oMaka Saidina Umar ra telah memendekkan tempoh sahabat ra keluar di jalan ALLAH swt kepada 4 bulan sahaja.

II.40 Hari :
Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqomah dengan amal-amal yang kita buat masa 40 hari tersebut.
oSatu orang sahabat ra yang telah berada di satu tempat (kerana urusan keluar di jalan ALLAH swt) selama beberapa hari (hampir 40 hari)
oMaka Nabi saw beritahu, kenapa tidak dicukupkan 40 hari.

III.3-10 Hari :
Satu orang sahabat ra pernah keluar di jalan ALLAH swt selama 3 hari.

KELEBIHAN :

- Sepagi atau sepetang berada di jalan ALLAH swt, adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
- Debu-debu yang melekat pada orang yang keluar di jalan ALLAH swt, maka anggota tersebut, ALLAH swt haramkan api neraka hatta asap nya sekali.
"Sesungguhnya Kejayaan Manusia Itu Di Dunia Mahupun Akhirat, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Baginda Nabi Saw"
~Insya-ALLAH~

BALISTIK CINTA

Mana hilangnya
Rasa yang terpaut dalam jiwa

Sepi terasa melukis resah di dalam hati
Dan tak mampu ku ungkapkan gagah
Yang kita takkan bersama

Biar terhapus janji-janji yang pernah terucap
Biarkan waktu lenyapkan semua rasa cintamu
Yang pernah kau undang dalam hatiku
Meski ku menginginkanmu

Mungkin kau dan aku tak bisa bersatu
Kerna cinta yang kau beri pabalistik cinta
Cepat datang dan pergi
Melayang jauh dari hidupku oh kasih

Biarkan cintamu abadi dalam hati
Dan biar cintanya merasuk dalam diri
Satukan semua kisah kita terpatri dalam hati

Relakanlah cintanya untukmu
Lepaskan ragumu pada cintaku

Mungkin kau dan aku tak bisa bersatu
Kerna cinta yang kau beri pabalistik cinta
Cepat datang dan pergi
Melayang jauh dari hidupku oh kasih

Biarkan cintamu abadi dalam hati
Dan biar cintanya merasuk dalam diri
Satukan semua kisah kita terpatri dalam hati

Mana hilangnya rasa yang terpaut dalam jiwa

Sunday, February 16, 2014

aPa iTu ta’lim ??

Pengertian ta’lim, 
Ta’lim, secara bahasa berarti pengajaran (masdar dari ‘alama-yu’alimu-ta’liman), secara istilah berarti pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampian pengertian, pengetahuan dan ketrampilan. Menurut Abdul Fattah Jalal, ta’lim merupakan proses pemberian pengatahuan, pemahaman, pengertian, tanggung jawab, sehingga diri manusia itu menjadi suci atau bersih dari segala kotoran sehingga siap menerima hikmah dan mampu mempelajari hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya ( ketrampilan). Mengacu pada definisi ini, ta’lim, berarti adalah usaha terus menerus manusia sejak lahir hingga mati untuk menuju dari posisi ‘tidak tahu’ ke posisi ‘tahu’ seperti yang digambarkan dalam surat An Nahl ayat 78, “dan Allah mengeluarkan dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu bersyukur”.

Dalam ta’lim, titik tekannya adalah penyampain ilmu pengetahuan yang benar, pemahaman, pengertian, tanggung jawab dan penanaman amanah kepada anak. Oleh karena itu ta’lim di sini mencakup aspek-aspek pengetahuan dan ketrampilan yang di butuhkan seseorang dalam hidupnya dan pedoman perilaku yang baik.

Adab-adab Ta' lim : 

Ta' lim adalah satu amalan yang amat penting dan utama. Jika kita menghadirinya dengan menghormati adab-aabnya yang sempurna nescaya majlis itu akan dilingkungi oleh para malaikat, dengan itu ahli majlis akan mendapat taufik untuk mengamalkan hakikat ugama yang sebenarnya.
1. Berwudulah terlebih dahulu dan jika mampu maka solah dua rakaat memohon kekuatan dan kemanisan dalam mendengar kalamullah dan kalamur rasul.

2. Duduklah dengan perasan hormat yang paling tinggi, sebaik-baiknya duduk secara tahiyat dan jangan sekali-kali duduk bersandar. 
3. Jangan tinggalkan majlis kerana desakan tabiat kita. Jika terpaksa maka segerakanlah sempurnakan keperluan dan duduk semula ke dalam majlis dengan rasa rugi kerana kita tidak tahu di masa bilakan Allah Taala akan memasukkan NUR ke dalam hati kita. 
4. Janganlah berbual-bual semasa taklim sedang berjalan. 
5. Pakailah wangi-wangian dan pakaian yang bersih dan sempurna. 
6. Duduk rapat-rapat dan mengangkat muka memandang ke arah pembaca taklim. 
7. Janganlah bermain-main dengan jari, janganlah mata liar memandang ke sana sini dan janganlah fikiran mengelamun ketempat lain. 
8. Syaitan menggunakan tiga alatnya untuk mengganggu kita dari mendapat menafaat yang sebenarnya dari majlis taklim iaitu tongkat digunakan supaya kita tidak senang duduk, gincu supaya kita hendak bercakap sahaja dan celak supaya kita rasa mengantuk. 
9. Hadirkan hati dengan lima cara:
a. Tasdiq ertinya membenarkan kalamullah dan kalamu rasul.
b. Tazim ertinya memlulia dan merasakan kehebatan majlis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
c. Taasur ertinya medatangkan kesan harap dan takut terhadap janji Allah. 
d. Tawajjuh ertinya memberi sepenuh perhatian di dalam majlis.
e. Tabligh ertinya berniat untuk beramal dan sampaikan kepada seluruh ummat.
10. Pembaca Taklim hendaklah membaca dengan kuat dan jelas dan tidak perlu mengemukakan pendapatnya sendiri. Tetapi di dalam memberi galakkan orang ramai untuk beramal maka sepatah dua kata dibolehkan.
11. Taklim dimulakan dengan membaca kitab fadhail al-quran, kemudian hendaklah mengadakan halqah tajwid supaya dapat membaiki bacaan terutamanya surah-surah lazim dibaca di dalam solah.
12. Usahakan supay adapat membaca tiga-empat muka surat pada semua kitab fadhail. Baca hanya kitab-kitab Hadrat Maulana Zakaria rahmatullah alaih.
13. Setelah selesai taklim kitabi hendaklah diadakan muzakarah enam sifat sohabat dalam masa lebih kurang satu jam.

Apakah 6 sifat sohabat 

“Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati (sahabat-sahabat ra) - Hadis

Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :
  1. Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
  2. Mereka ada hakikat Solat yang Khusyu’ dan Khudu’
  3. Mereka ada hakikat Ilmu dan Zikir
  4. Mereka ada hakikat Ikramul Muslimin
  5. Mereka ada hakikat Niat yang Ikhlas
  6. Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , keluar di Jalan ALLAH swt)Jadi , ke enam-enam sifat inilah yang kita perlu usahakan dalam diri kita. Ulama’ kata, bilamana 6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama Insya-ALLAH.

Fadhilat Ta' lim

1. Tidak ada jemaah yang duduk sambil mengingati Allah melainkan dikerumunilah mereka oleh malaikat, diliputi mereka dengan rahmat, diturunkan keatas mereka ketenangan dan Allah taala menyebut nama-nama mereka dihadapan para malaikat yang berada disisinya.
2. Orang-orang yang berkumpul untuk mengingati Allah taala hanya dengan tujuan mendapatkan keredaanNya maka satu malaikat akan mengumumkan di langit bahawa dosa-dosa kamu telah diampunkan dan kejahatan-kejahatan kamu telah diganti dengan kebajikan.
3. Mereka-mereka yang keluar untuk menuntut ilmu 70,000 malaikat menghamparkan sayap di bawah telapak kakinya.
4. Setiap makhluk Alah baik ikan di laut, semut di lembah, burung di udara akan berdoa dan memohon keampunan keatasnya.
5. Ilmu tanpa zikir adalah lebih merbahaya dari kejahilan, zikir tanpa ilmu adalah lebih merbahya dari kelalaian.

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan Tuhanmu-lah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak di ketahuinya.

Monday, February 3, 2014

Peringatan bersama.........



setiap kekurangn itu akan ada kelebihan..
setiap kesabaran itu akan ada kemanisan hikmahnya.
setiap kesakitan itu akan ada ubatnya..
setiap perkara yg sudah berlaku REDHA dan IKHLASLAH terhdp diri sendiri utk menerimanya...

RASA mahukan hari yg ceria, CERAH 
Hakikatnya HUJAN perlu diturunkan.. 
RASA inginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN. 
KESUSAHAN itulah yang mengajar erti KEHIDUPAN.
RASA inginkan KETENANGAN..
Hakikatnya diri penuh DOSA dan KEJAHATAN pd masa kini dan lampau..
Manusia tidak dapat lari dari kesilapan. 
semua itu bukan suatu HUKUMAN.
tetapi sebagai tanda KASIH DAN SAYANG ALLAH agar lebih BERIMAN.
Allah lebih mengetahui yg terbaik.

Bila sudah berjaya atas izinNya.
Sejauh mana pun berada
Tinggi mana pun berdiri
Hebat mana pun kejayaan
Kesedaran spiritual dalaman ttg realti sebenar
Keampunan, keredhaan Allah SWT dalm tiap2 satu pkr
paling penting utk dunia akhirat kelak...

...

Aku menyedari telah jatuh cinta 
Tapi aku tak bisa mengungkapkan 
Terasa bahagiaku mencintaimu 
Walaupun kau belum mencintaiku


Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang penuh duka
Kan ku hapus semua menjadi indah

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu